Sabtu, 26 November 2011

Tahniah! Harimau Muda Juara Sukan Sea 2011.

Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pasukan Bola Sepak Negara Bawah 23 Tahun yang telah dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak Sukan Sea 2011 yang menumpaskan pasukan Garuda Indonesia dengan kemenangan (jaringan 1-1) penalti 4 berbalas 3.
Permainan separuh masa pertama memang jelas pemain Harimau Muda dalam kerunsingan apabila jeritan dan pekikan penonton-penonton majoriti penyokong pasukan tuan rumah, Indonesia.
Pujian kepada penjaga ‘rumah’ Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya mematahkan serangan dan cubaan dari pasukan pihak lawan sungguh amat membanggakan. Begitu juga dengan pemain-pemain yang tidak pernah kenal penat untuk mencuba jaringan kemenangan selepas seri 1 sama apabila pasukan Indonesia pada awal minit ke-4 telah membolosi gawang Harimau Muda.
Selepas tamat permainan 90 minit dengan jaringan seri 1 sama, akhirnya masa tambahan juga gagal menjaringkan sebarang gol apabila masing-masing kedua pasukan didapati offside dalam percubaan gol yang kedua. Penentuan penalti yang diakhiri dengan Kapten Harimau Muda, Badrol yang sekaligus membawa kejayaan yang amat bermakna kepada pasukan Harimau Muda.

Tahniah kepada Pasukan Harimau Muda yang diasuh oleh Ong Kim Swee... Semangat Ong Kim Swee patut dipuji walaupun banyak menerima kritikan daripada semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan