Sabtu, 26 November 2011

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani penting? Apakah pendapat anda?

Pendapat 1 :

Inilah tanggapan beberapa individu mengenai mata pelajaran ini di sekolah-sekolah iaitu subjek ini tidak penting. Jika ditanya, individu mempunyai tanggapan yg berbeza mengenai kepentingan mata pelajaran ini. Malah, ada pentadbir sekolah yg memikirkan subjek ini tidak penting dan mengambil keputusan menggantikan masa PJPK dgn subjek yg mereka fikirkan lebih penting spt Biologi, Matematik, Fizik, Kimia dll bagi menggantikan subjek PJPK ini. Inilah yg dibisikkan oleh seorang kawan yg mengajar mata pelajaran ini. Apa pendapat kawan-kawan?


Pendapat 2 :

Memang subjek ini penting, jika tidak mana mungkin subjek ini dijadikan sebagai subjek teras di sekolah. Kerajaan pun sudah memberi pengiktirafan kepada subjek ini dengan menjadikan ianya sebagai subjek teras, iaitu subjek yang wajib disertai oleh semua murid dan pelajar di sekolah.


Pendapat 3 :

Kesihatan punca kebahagiaan. Jika kita sihat maka kita boleh meneruskan aktiviti harian dengan lancar tanpa gangguan. Jika fizikal sihat, sudah tentu mental akan cerdas. Oleh itu, mata pelajaran ini sangat penting di sekolah supaya semua murid dapat mendapat manfaat daripadanya dan mengetahui bagaimana mencergaskan diri mereka tanpa selalu ditimpa penyakit.


Pendapat 4 :

Memang subjek ni penting....bayangkan soalan ptk 2008,( yg ambil pengurusan sukan...ada kwan sebelah tmpat duduk cakap, kalau kamu baca buku PJK form 4 dan 5, gerenti kamu buleh jawab semua soalan dengan mudah...
Kesihatan adalah untuk sepanjang hayat..


Pendapat 5 :

Saya terkejut baru-baru ni seorang kawan saya kata dalam mesyuarat guru sekolah mereka, pengetua sekolah mereka mengumumkan bahawa beberapa kelas Sains Tulin sekolah mereka ditiadakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam jadual induk kelas tersebut dan digantikan dengan subjek lain yang menurutnya tidak akan sempat dihabiskan sukatan pelajarannya jika tak mengambil masa subjek Pendidikan Jasmani katanya. 

Menurut kawan ini, dasar Kementerian Pelajaran ialah jika aktiviti Kokurikulum tidak dijalankan oleh pihak sekolah, sekolah tersebut boleh didenda RM5,000 dan begitulah jika mata pelajaran terutamanya mata pelajarn teras tidak diajar di sekolah, sekolah tersebut boleh didenda oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Hebat betul pengetua seorang ni yang boleh mengugurkan mata pelajaran teras dalam jadual kelas muridnya. Kesihan murid yang tidak dapat belajar bagaimana mencergaskan diri mereka . Sudah tentu kelas yang ala akademik sahaja dan tidak menghirukan kesihatan fizikal pelajar akan berjaya mencipta stres yang berlebihan pelajarnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan